Sebelum anda memulakan langkah pertama untuk menjadi sado, anda hendaklah memberi perhatian terhadap makanan yang anda ambil setiap hari, serta jenis supplement apakah yang patut anda masukkan ke dalam diet harian anda. Ia adalah sangat penting bahawa anda memberi perhatian kepada kedua-dua aspek kerana apa yang anda lakukan di gym ditentukan oleh apa yang anda makan.
Selepas anda habis melakukan workout, sudah semestinya tisu otot anda berada dalam tekanan akibat daripada aktiviti yang telah dilakukan di dalam gym, dengan itu anda hendaklah membekalkannya dengan sumber-sumber yang diperlukan oleh tisu otot anda untuk segera memulihkannya agar tumbesaran otot anda berada dalam keadaan yang baik. Jika sumber-sumber ini tidak dibekalkan, ia akan menyukarkan anda membina otot yang lebih kuat.
Asid amino yang membentuk protein adalah unit asas untuk membentuk gentian otot seseorang individu tersebut, supaya jisim otot yang lebih banyak boleh di dihasilkan dalam tubuh badan manusia. Adalah sangat penting kepada kita untuk mendapatkan pengambilan protein yang secukupnya.
Apabila protein tidak dibekalkan dalam jumlah yang mencukupi, badan akan mengambil protein daripada tisu-tisu otot dan menggunakannya untuk kegunaan bahagian lain tubuh badan.
Protein whey dirumuskan untuk menjadi hidangan yang cepat dan mudah. Ia senang di bawa ke mana sahaja termasuklah di tempat kerja ataupun di sekolah.
Inilah sebab mengapa pentingnya anda memenuhi keperluan protein anda kerana jika tidak, apa jenis latihan yang anda lakukan di dalam gym hanya akan menjadi sia-sia kerana anda sebenarnya akan kehilangan otot yang lebih banyak daripada proses anda membina otot.
Bagi sesetengah orang, memenuhi keperluan protein mereka adalah satu cabaran, di sini lah pentingnya serbuk protein. Ia cepat, mudah, dan lebih murah jika di bandingkan dengan daging segar, jadi ia lebih mudah untuk mendapatkan kandungan amino asid yang diperlukan untuk hari anda.
Sebagai manfaat tambahan, mengambil serbuk protein sebelum atau selepas senaman akan menyerap ke dalam sel-sel otot lebih cepat, meningkatkan hasil yang boleh anda lihat dari setiap senaman yang anda lakukan.
Supplement yang kedua boleh membantu anda untuk membuat otot dengan kadar yang lebih cepat. Dengan menambah creatine ke dalam diet harian anda, secara tidak langsung meningkatkan tahap tenaga, pertumbuhan tisu otot serta meningkatkan intensiti latihan anda.
Creatine boleh meningkatkan jisim otot secara ketara dalam masa dua minggu.
Biasanya ahli bina badan akan mengambil sebanyak 20 gram creatine untuk lima hari pertama apabila mereka baru mengambilnya untuk kali pertama, dan kemudian mereka mula mengambil 5 gram creatine sehari secara berterusan.
Mendapatkan proses pemulihan yang cepat selepas program senaman anda adalah perkara paling utama untuk mendapatkan keputusan yang baik. Oleh itu, glutamin adalah salah satu supplement untuk mempercepatkan proses pemulihan.
Glutamin adalah salah satu daripada 20 asid amino yang berada dalam tubuh badan kita secara semulajadi dan kajian menunjukkan bahawa ia boleh memainkan peranan penting dalam masa penyembuhan selepas kecederaan, pembedahan, atau luka (kerosakan otot melalui latihan rintangan). Glutamin juga memainkan peranan dalam keseluruhan sistem imun manusia.
Ia digunakan dalam usus dan sistem imun secara meluas untuk mengekalkan prestasi optimum!
- Serbuk Penambah Berat (Mass)
Supplement keempat adalah di antara supplement yang banyak di gunakan oleh ahli bina badan yang berusaha untuk menambah berat badan mereka dan meningkatkan hasil daripada sesi latihan mereka. Ini adalah sama dengan serbuk protein tetapi serbuk mass ini mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi daripada kandungan kalori yang terdapat di dalam serbuk protein. Dengan penjagaan diet, ia boleh meningkatkan berat badan secara mendadak dalam masa yang singkat.
Untuk mereka yang ingin membina otot perlu lah mengambil lebih banyak kandungan kalori daripada yang diperlukan dan dengan pengunaan mass yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak akan memudahkan proses itu.
Jika anda adalah salah seorang yang susah untuk menaikkan berat badan, anda patut menggunakan serbuk mass bagi mendapatkan kalori tambahan bagi membina otot-otot anda.
Pengambilan multivitamin dan mineral boleh membantu meningkatkan prestasi selular dan secara langsung membantu pertumbuhan otot serta tahap kesihatan seseorang.
Walaupun sebatian tertentu seperti vitamin-C (terdiri daripada, vitamin A dan E, yang dikenali sebagai antioksidan) adalah penting untuk fungsi imun, ia adalah kesan sinergi semua vitamin dan mineral utama serta diambil dalam nisbah tertentu yang memberi impak baik dalam kesihatan dan berikutnya pertumbuhan tisu.
Doktor pakar pemakanan mungkin akan memberitahu kita bahawa vitamin dan mineral boleh didapati melalui diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu. Walau bagaimanapun, agak sukar bagi kita untuk mendapatkan vitamin dan mineral secukupnya daripada buah-buahan serta sayur-sayuran kerana keadaan tanah, pelbagai bahan pencemar dan faktor pemprosesan ke atas makanan tersebut yang masih dalam keadan was-was.
Oleh itu, multivitamin dan mineral kini boleh didapati di kedai-kedai farmasi atau kedai supplement berdekatan dengan kawasan anda.
Kesimpulan
Sudah tentu keputusan sentiasa boleh dicapai tanpa supplement, tetapi proses ini akan mengambil masa yang lebih lama. Nasihat saya kepada anda adalah memberi keutamaan kepada diet serta supplement yang anda gunakan. Anda pasti terkejut dengan pencapaian yang telah anda lakukan dalam proses menjadi sado dengan menjaga diet dan mengambil supplement yang betul boleh bertindak balas kepada latihan angkat berat anda. Jika anda membuat keputusan untuk mengambil supplement yang saya telah syorkan, anda akan melihat hasil yang lebih baik.