Push up atau lebih di kenali sebagai tekan tubi adalah salah satu senaman yang memberi fokus kepada otot di bahagian dada, bahu dan juga perut. Ia memberi tekanan kepada otot-otot di bahagian tersebut.
Jadikan push up sebagai senaman rutin anda, jika anda mahukan daya tahan badan yang tinggi. Anda juga perlu memastikan anda melakukan senaman push up yang betul.
7 PERATURAN SEBELUM MELAKUKAN PUSH UP
- Postur BadanCara yang betul ialah memastikan kaki, pinggang dan punggung berada dalam keadaan yang selari. Bayangkan badan anda adalah satu garisan lurus dari kepala hingga ke kaki.
- Mengunakan Tapak TanganUntuk permulaan, gunakan keseluruhan tapak tangan untuk menampung badan anda ketika push up bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
- Elakkan Wide Push UpWide push up biasa dilakukan oleh bodybuilder yang memfokuskan bahagian otot pektoral. Bagi beginner, rapatkan siku ke bahagian otot sayap dahulu.
- Rapatkan KakiRapatkan kaki anda untuk keseimbangan badan yang lebih stabil. Pastikan kaki anda separas dengan bahu jika mahu menjarakkan kaki.
- Jangan Lock SikuLock siku akan mengakibatkan sakit sendi. Semasa mengangkat badan, biar siku lurus dan tidak bengkok.
- Jangan Rapatkan Badan ke LantaiJangan jatuhkan seluruh badan rapat ke lantai. Tahan badan daripada jatuh. Cukup hanya dada mencium sedikit ke lantai.
- PernafasanJaga pernafasan ketika push up. Tarik nafas ketika turun dan lepaskan ketika naik. Jadi, anda akan lebih fokus dan cepat penat.
LANGKAH-LANGKAH PUSH UP
- Langkah pertama ialah posisi badan kita harus dalam keadaan berbaring iaitu menghadap ke lantai. Kedua belah kaki dirapatkan serta selari, manakala tangan selari dengan dada. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu.
- Pastikan sewaktu anda mengangkat badan, postur belakang badan anda dalam keadaan selaras dan lurus. Pada masa ini, kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas.
- Apabila tangan kita berada dalam posisi lurus, bahagian tangan kita telah sepenuhnya mengangkat badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan posisi bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan
- Bahagian hadapan dan belakang badan kita digunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar. Apabila kita menurunkan badan kita secara mendatar, bahagian tangan kita digunakan sepenuhnya untuk menahan berat badan kita.
No comments:
Post a Comment