Tuesday 6 September 2016

Tips Bagaimana Melakukan Push Ups Yang Betul




Push up atau lebih di kenali sebagai tekan tubi adalah salah satu senaman yang memberi fokus kepada otot di bahagian dada, bahu dan juga perut.  Ia memberi tekanan kepada otot-otot di bahagian tersebut.


Jadikan push up sebagai senaman rutin anda, jika anda mahukan daya tahan badan yang tinggi. Anda juga perlu memastikan anda melakukan senaman push up yang betul.

7 PERATURAN SEBELUM MELAKUKAN PUSH UP

  1. Postur Badan
    Cara yang betul ialah memastikan kaki, pinggang dan punggung berada dalam keadaan yang selari. Bayangkan badan anda adalah satu garisan lurus dari kepala hingga ke kaki.
  1. Mengunakan Tapak Tangan
    Untuk permulaan, gunakan keseluruhan tapak tangan untuk menampung badan anda ketika push up bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

  1. Elakkan Wide Push Up
    Wide push up biasa dilakukan oleh bodybuilder yang memfokuskan bahagian otot pektoral. Bagi beginner, rapatkan siku ke bahagian otot sayap dahulu.
  2. Rapatkan Kaki
    Rapatkan kaki anda untuk keseimbangan badan yang lebih stabil. Pastikan kaki anda separas dengan bahu jika mahu menjarakkan kaki.
  1. Jangan Lock Siku
    Lock siku akan mengakibatkan sakit sendi. Semasa mengangkat badan, biar siku lurus dan tidak bengkok.
  1. Jangan Rapatkan Badan ke Lantai
    Jangan jatuhkan seluruh badan rapat ke lantai. Tahan badan daripada jatuh. Cukup hanya dada mencium sedikit ke lantai.
  1. Pernafasan
    Jaga pernafasan ketika push up. Tarik nafas ketika turun dan lepaskan ketika naik. Jadi, anda akan lebih fokus dan cepat penat.





LANGKAH-LANGKAH PUSH UP

  1. Langkah pertama ialah posisi badan kita harus dalam keadaan berbaring iaitu menghadap ke lantai. Kedua belah kaki dirapatkan serta selari, manakala tangan selari dengan dada. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu.
  1. Pastikan sewaktu anda mengangkat badan, postur belakang badan anda dalam keadaan selaras dan lurus. Pada masa ini, kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas.
  1. Apabila tangan kita berada dalam posisi lurus, bahagian tangan kita telah sepenuhnya mengangkat badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan posisi bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan
  1. Bahagian hadapan dan belakang badan kita digunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar. Apabila kita menurunkan badan kita secara mendatar, bahagian tangan kita digunakan sepenuhnya untuk menahan berat badan kita.

            Monday 5 September 2016

            5 Jenis Supplement Untuk Mempercepatkan Pertumbuhan Otot

            Sebelum anda memulakan langkah pertama untuk menjadi sado, anda hendaklah memberi perhatian terhadap makanan yang anda ambil setiap hari, serta jenis supplement apakah yang patut anda masukkan ke dalam diet harian anda. Ia adalah sangat penting bahawa anda memberi perhatian kepada kedua-dua aspek kerana apa yang anda lakukan di gym ditentukan oleh apa yang anda makan.


            Selepas anda habis melakukan workout, sudah semestinya tisu otot anda berada dalam tekanan akibat daripada aktiviti yang telah dilakukan di dalam gym, dengan itu anda hendaklah membekalkannya dengan sumber-sumber yang diperlukan oleh tisu otot anda untuk segera memulihkannya agar tumbesaran otot anda berada dalam keadaan yang baik. Jika sumber-sumber ini tidak dibekalkan, ia akan menyukarkan anda membina otot yang lebih kuat.


            • Serbuk Protein (Whey)
            Asid amino yang membentuk protein adalah unit asas untuk membentuk gentian otot seseorang individu tersebut, supaya jisim otot yang lebih banyak boleh di dihasilkan dalam tubuh badan manusia. Adalah sangat penting kepada kita untuk mendapatkan pengambilan protein yang secukupnya.

            Apabila protein tidak dibekalkan dalam jumlah yang mencukupi, badan akan mengambil protein daripada tisu-tisu otot dan menggunakannya untuk kegunaan bahagian lain tubuh badan.

            Protein whey dirumuskan untuk menjadi hidangan yang cepat dan mudah. Ia senang di bawa ke mana sahaja termasuklah di tempat kerja ataupun di sekolah. 

            Inilah sebab mengapa pentingnya anda memenuhi keperluan protein anda kerana jika tidak, apa jenis latihan yang anda lakukan di dalam gym hanya akan menjadi sia-sia kerana anda sebenarnya akan kehilangan otot yang lebih banyak daripada proses anda membina otot.

            Bagi sesetengah orang, memenuhi keperluan protein mereka adalah satu cabaran, di sini lah pentingnya serbuk protein. Ia cepat, mudah, dan lebih murah jika di bandingkan dengan daging segar, jadi ia lebih mudah untuk mendapatkan kandungan amino asid yang diperlukan untuk hari anda.

            Sebagai manfaat tambahan, mengambil serbuk protein sebelum atau selepas senaman akan menyerap ke dalam sel-sel otot lebih cepat, meningkatkan hasil yang boleh anda lihat dari setiap senaman yang anda lakukan.



            • Creatine
            Supplement yang kedua boleh membantu anda untuk membuat otot dengan kadar yang lebih cepat. Dengan menambah creatine ke dalam diet harian anda, secara tidak langsung meningkatkan tahap tenaga, pertumbuhan tisu otot serta meningkatkan intensiti latihan anda. 

            Creatine boleh meningkatkan jisim otot secara ketara dalam masa dua minggu.

            Biasanya ahli bina badan akan mengambil sebanyak 20 gram creatine untuk lima hari pertama apabila mereka baru mengambilnya untuk kali pertama, dan kemudian mereka mula mengambil 5 gram creatine sehari secara berterusan.


            • Glutamin
            Mendapatkan proses pemulihan yang cepat selepas program senaman anda adalah perkara paling utama untuk mendapatkan keputusan yang baik. Oleh itu, glutamin adalah salah satu supplement untuk mempercepatkan proses pemulihan. 

            Glutamin adalah salah satu daripada 20 asid amino yang berada dalam tubuh badan kita secara semulajadi dan kajian menunjukkan bahawa ia boleh memainkan peranan penting dalam masa penyembuhan selepas kecederaan, pembedahan, atau luka (kerosakan otot melalui latihan rintangan). Glutamin juga memainkan peranan dalam keseluruhan sistem imun manusia.

            Ia digunakan dalam usus dan sistem imun secara meluas untuk mengekalkan prestasi optimum!


            • Serbuk Penambah Berat (Mass)
            Supplement keempat adalah di antara supplement yang banyak di gunakan oleh ahli bina badan yang berusaha untuk menambah berat badan mereka dan meningkatkan hasil daripada sesi latihan mereka. Ini adalah sama dengan serbuk protein tetapi serbuk mass ini mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi daripada kandungan kalori yang terdapat di dalam serbuk protein. Dengan penjagaan diet, ia boleh meningkatkan berat badan secara mendadak dalam masa yang singkat.


            Untuk mereka yang ingin membina otot perlu lah mengambil lebih banyak kandungan kalori daripada yang diperlukan dan dengan pengunaan mass yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak akan memudahkan proses itu.


            Jika anda adalah salah seorang yang susah untuk menaikkan berat badan, anda patut menggunakan serbuk mass bagi mendapatkan kalori tambahan bagi membina otot-otot anda.



            • Multivitamin & Mineral

            Pengambilan multivitamin dan mineral boleh membantu meningkatkan prestasi selular dan secara langsung membantu pertumbuhan otot serta tahap kesihatan seseorang.

            Walaupun sebatian tertentu seperti vitamin-C (terdiri daripada, vitamin A dan E, yang dikenali sebagai antioksidan) adalah penting untuk fungsi imun, ia adalah kesan sinergi semua vitamin dan mineral utama serta diambil dalam nisbah tertentu yang memberi impak baik dalam kesihatan dan berikutnya pertumbuhan tisu.

            Doktor pakar pemakanan mungkin akan memberitahu kita bahawa vitamin dan mineral boleh didapati melalui diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu. Walau bagaimanapun, agak sukar bagi kita untuk mendapatkan vitamin dan mineral secukupnya daripada buah-buahan serta sayur-sayuran kerana keadaan tanah, pelbagai bahan pencemar dan faktor pemprosesan ke atas makanan tersebut yang masih dalam keadan was-was.

            Oleh itu, multivitamin dan mineral kini boleh didapati di kedai-kedai farmasi atau kedai supplement berdekatan dengan kawasan anda.

            Kesimpulan



            Sudah tentu keputusan sentiasa boleh dicapai tanpa supplement, tetapi proses ini akan mengambil masa yang lebih lama. Nasihat saya kepada anda adalah memberi keutamaan kepada diet serta supplement yang anda gunakan. Anda pasti terkejut dengan pencapaian yang telah anda lakukan dalam proses menjadi sado dengan menjaga diet dan mengambil supplement yang betul boleh bertindak balas kepada latihan angkat berat anda. Jika anda membuat keputusan untuk mengambil supplement yang saya telah syorkan, anda akan melihat hasil yang lebih baik.


            Saturday 3 September 2016

            9 Makanan Untuk Jadi Sado & Sihat

            Jika matlamat anda adalah untuk menambah berat, menurunkan berat atau untuk kekal sihat, anda mestilah mengetahui apakah makanan yang sesuai untuk menampakkan hasilnya. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian 9 makanan yang anda boleh dapati di kedai-kedai runcit berdekatan kawasan anda. 



            • Daging Lembu

            Daging lembu adalah penting untuk membina otot kerana kandungan protein, kolesterol, zink, vitamin B yang tinggi

            Daging daripada lembu yang memakan rumput mempunyai tahap yang lebih tinggi asid linoleik conjugated (CLA) daripada lembu ternakan konvensional, yang memberikan anda rangsangan dalam membakar lemak dan membina otot.




            • Beras Perang


            Beras perang mencerna dengan perlahan dan menyediakan anda tenaga semasa latihan. Beras perang juga boleh membantu meningkatkan tahap hormon pertumbuhan atau growth hormone (GH), yang mana sangat penting bagi mengalakkn pertumbuhan otot, pembakaran lemak serta meningkatkan kekuatan anda apabila melakukan senaman.




            • Buah Oren
            Salah satu buah yang sangat bagus dan berkesan untuk membantu meningkatkan pertumbuhan otot, kekuatan dan daya tahan otot apabila dimakan sebelum workout.




            • Telur
            Dikenali sebagai salah satu sumber protein yang lengkap, kebolehan mereka untuk membantu pembinaan otot serta meningkatkan kekuatan otot bukan sahaja disebabkan protein itu sendiri. Kerana kandungan kolestrol di dalam kuning telur juga banyak membantu.

            Jika anda bimbang tentang tahap kolesterol anda meningkat dari makan kuning telur, kajian mendapati bahawa kolesterol dari kuning telur dibuktikan dapat mengurangkan jumlah zarah LDL (kolesterol jahat) yang dikaitkan dengan aterosklerosis.




            • Susu Organik
            Mengandungi kedua-dua whey dan kasein dan kaya dengan glutamin asid amino. Susu organik mempunyai kira-kira 70% lebih omega-3 asid lemak daripada susu biasa.




            • Sayur Bayam
            Satu sumber  glutamin yang baik iaitu asid amino yang penting untuk pertumbuhan otot.

            Selain glutamin, bayam boleh meningkatkan kekuatan otot dan daya tahan otot.




            • Buah Epal
            Polifenol tertentu dalam epal membantu untuk meningkatkan kekuatan otot dan mencegah kelesuan otot, membolehkan anda untuk berlatih dengan lebih kuat untuk jangka masa yang lebih lama.

            Kajian lain juga menunjukkan bahawa polifenol ini boleh meningkatkan pembakaran lemak. Itulah sebabnya ia adalah idea yang baik untuk membuat epal sumber karbohidrat sebelum memulakan senaman.




            • Greek Yogurt
            Greek yogurt bermula daripada sumber yang sama iaitu susu. Namun ia mempunyai lebih protein (20 g setiap cawan) dan juga kurang karbohidrat (9 g setiap cawan) daripada yogurt biasa (16 g protein, 16 g karbohidrat setiap cawan).

            Ia juga sumber protein kasein yang baik.




            • Sayur Brokoli

            Setiap hidangan 100 gram brokoli mentah menyediakan 34 kcal dan merupakan sumber vitamin  C dan vitamin K yang sangat baik. Brokoli juga mempunyai kandungan karbohidrat, protein, lemak, dan serat yang sederhana.